Labels

Sunday, July 8, 2012

Dah dua tahun Sue tak update blog ni. Rasa rugi pulak. Okay, sekarang New Image sedang hangat dengan produk baru iaitu ALpha Lipid SD2. Dengan formula baru : di perkayakan dengan Alpha Lipid dan juga ekstrak Teh Hijau; membuatkan kadar penurunan berat badan yang cepat dalam masa yang singkat. Berbanding dengan produk SD2 yang lama, rata2 pengguna mengatakan bahawa produk yang terbaru ini lebih berkesan. Lihat sahaja testimoni2 yang Sue lampirkan bersama.



EEEEEIiiiiii!!!!!! geram Sue tengok kawan2 kita ni dapat kurus dalam masa yang singkat. Untuk makluman semua, Sue dah berhenti menggunakan SD2 (formula lama) sejak awal tahun 2011. Dan sepanjang tempoh 'bercuti' tu, berat Sue naik semula gara2 tidak mengawal pemakanan yang betul. Tapi itu bukanlah alasan untuk Sue terus bergelumang dengan potongan badan yang kurang menarik.

Sekarang Sue sudah memulakan program diet ini semula dan ini merupakan tin yang ke-dua. Alhamdulillah, dalam minggu pertama, Sue sudah kehilangan 2kg. Ini pun, gara2 Sue tidak begitu berdisiplin dalam pemakanan. Ia lah, sambil2 Sue membakar kuih dan kek yang ditempah orang, sambil2 itu jugalah Sue mencuba hasil masakan Sue sendiri. Mana la nak turun berat dengan banyak.

InsyaAllah, untuk minggu ke dua ni, Sue akan pastikan aturan pemakanan ALSD2 yang disediakan ini, akan Sue ikut 120%.

No comments:

Post a Comment