Labels

Tuesday, November 2, 2010

Permulaannya

7.10.2010 adalah titik permulaannya. Hari pertama Sue memulakan program SlimDiet2 ni. Mula-mula tu sangsi juga, apakah program ini akan berjaya, atau semata-mata omong kosong seperti berpuluh-puluh program lain yang telah Sue ambil sebelum ini? Tapi Sue nekad nak mencuba sebab Sue telah diberitahu bahawa seorang kawan di sekolah, Cassnani, telah berjaya menurun berat badannya dengan mengamalkan program SD2 ni. Pada hari pertama, agak keberatan juga untuk tidak menyentuh sebutir nasi, seurat mee ataupun secubit roti. Bagi Sue, tak ada nasi tidak menjadi masalah, tetapi tak boleh makan roti; masalah besar. Sue gagahkan juga dengan menggantikan dengan makanan berprotein yang lain. Hari kedua, dapat juga bertahan dan hari ketiga, Sue sudah biasa dengan rutin pemakanan yang baru ni. Bukan sahaja Sue rasa lain, badan lebih ringan tetapi setiap kali selepas makan, perut tidaklah rasa penuh sangat seperti sebelum ni. Sue juga menjadi lebih peka dan tidak mudah mengantuk terutama selepas makan. Dengan tidak mengambil makanan berkarbohidrat dengan total dan dengan bantuan SD2, Sue berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5kg dalam masa 5 hari. SUNGGUH MENAKJUBKAN!!! Tak pernah lagi Sue mengalami penurunan berat badan sebanyak itu dalam masa yang singkat (sepanjang bulan puasa dulu, Sue hanya turun 0.5kg je). Dengan kejayaan ini, Sue tak teragak-agak lagi untuk mengajak kawan-kawan untuk sama-sama menurunkan berat badan dengan SD2 ni. Program ni memang terbukti keberkesanannya. Tak perlu fikir mengenai harganya asalkan dapat mencapai berat badan yang ideal. Tapi, kalau dibandingkan dengan perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk membeli baju baru (kerana baju lama dah tak muat), membayar pusat pelansingan yang mencecah harga ribuan ringgit dan makan tanpa aturan yang tertentu; modal yang dikeluarkan adalah sangat murah dan berbaloi. Cubalah SD2 hari ini untuk mendapat berat badan yang diidam-idamkan.

No comments:

Post a Comment